Sunday, February 21, 2010

Bangunan Tertinggi Dunia


Tahukah anda, terdapat lima bangunan tertinggi di negara Asia?
Berikut merupakan senarai 5 bangunan tertinggi di Asia:

1) Burj Khalifa - UAE - 828m
2) Taipei 101 - Taiwan - 508m
3) World Financial Center - Shanghai - 492m
4) International Commerce Center - Hong Kong - 484m (under-contraction)
5) Petronas Twin Tower - Malaysia - 452m

Ini menunjukkan bahawa Asia telah memiliki pembangunan mega (mega structure) di dunia.

Sebelum ini, bangunan tertinggi di kuasai oleh negara-negara barat, seperti Eiffel Tower di Paris, World Trade Center, Empire State, Gateway Arch di New York, Gerbrandy Tower di Netherlands, dan lain-lain.

Pembangunan mega seperti ini, diceritakan, menunjukkan ketinggian tamadun sesebuah negara itu. Lagi tinggi bangunan dibina, lagi tinggi ketamadunan sesebuah negara.

Begitu juga Piramid di Mesir pada suatu ketika dahulu. Ia melambangkan kepakaran ilmu dan juga antara sebuah tamadun yang hebat dalam sejarah manusia. Begitu juga dengan Taman Tergantung Babylon. Begitu hebat pemikiran manusia yang Tuhan kurniakan kepada kita dalam mencapai kemajuan hidup.

Pembangunan mega ini kita dapat lihat ketinggian darjat serta kepakaran ilmu pemikir yang ada dalam sesebuah tamadun atau negara serta lambang ekonomi sesebuah negara.

Akan tetapi, sekiranya akidah kita terpesong, maka akan berlaku seperti mana kejatuhan Babylon pada masa dahulu. Ianya hanya tinggal sejarah. Seperti mana berlakunya di World Trade Center di New York. Pada pandangan saya, apabila runtuhnya bangunan yang merupakan simbol sesebuah tamadun, akidah mereka juga mengalami perkara yang sama.

Lihatlah bagaimana pihak Amerika menyerang negara-negara teluk yang tidak berkesudahan sehingga sekarang ini. Lihatlah bagaimana mereka mengawal ekonomi dunia. Lihatlah bagaimana layanan mereka terhadap negara-negara lain. Segala tindak-tanduk Amerika membuatkan dunia huru-hara.

Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia harus menjaga akidah kita. Seperti mana tercatat di dalam Al-Quran mengenai sejarah dan cerita-cerita orang-orang terdahulu akibat akidah mereka terpesong. Kita menjaga akidah kita supaya kita menjadi bangsa yang berjaya di dunia dan juga di akhirat.

P/S: Bangunan berkembar tertinggi didunia masih milik Malaysia, KLCC. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment