Secara tiba-tiba saya teringat iklan ABC di kaca tv beberapa bulan yang lepas. Iklan ini mengambarkan suasana di Malaysia, dan saya rasa ABC merupakan contoh yang tepat bagi mengambarkan perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Seperti ABC, terdapat pelbagai jenis atau bahan yang boleh dimakan, dijadikan satu menu. Di dalam ABC, kita boleh makan kacang, cincau, sirap, jagung manis, buah nipah, dan macam-macam yang boleh dicampur untuk dijadikan satu hidangan yang lazat. Dan bahan yang paling penting bagi menu ABC ialah Ais.
Ais ini mengambarkan satu bentuk harmoni dan memesrakan bahan-bahan yang ada di dalam ABC. Apabila kita menjamah ABC, kita rasa satu kenyamanan dan kesegaran serta kenikmatan ABC itu. Tapi apabila ABC ini cair, ia boleh dijamah, tetapi tidak selazat sebelum ABC itu cair.
Ais ini sangat penting dalam memesrakan kita rakyat Malaysia. Ais ini mengharmonikan kita dan kita juga amat selesa dan nyaman sekali. Ais ini juga menjamin keselamatan kita. Dan Ais ini juga menyatukan kita rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum. Ais ini juga membentuk perpaduan kita rakyat Malaysia. Kehidupan kita, rakyat Malaysia ini dapat dirasai dan dinikmati oleh orang luar. Begitu indahnya Malaysia yang tiada di negara lain. Sama dengan menu ABC.
Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia, bekerjasama dan memikul tanggungjawab untuk mengekalkan Ais ini sejuk dan tidak mudah cair. Kerana Ais ini merupakan satu kuasa yang menyatukan kita untuk hidup dalam keadaan harmoni, tenteram, selesa, nyaman, dan nikmat. Ais ini merupakan tanggungjawab kita bersama dan Ais ini juga membolehkan kita mengenali antara satu sama yang lain. Kita dapat menikmati bersama-sama kenyamanan dan kenikmatan Ais ini sekiranya kita dapat mengekalkan Ais ini dari cair. Ini lah tangungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
I'm proud to be Malaysian.