Tuesday, June 22, 2010

Pemansuhan UPSR dan PMR adalah wajar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mencadangkan utk memansuhkan peperikasaan awam UPSR dan PMR, serta meminta pendapat para pendidik, ibubapa serta masyarakat akan hal demikian.

Pemansuhan 2 peperiksaan tersebut ada lah wajar bagi mengembangkan lagi pendidikan negara serta perkembangan ilmu para murid di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. 

Ini kerana, murid-murid di peringakt sekolah rendah berisiko besar untuk mengalami tekanan jiwa dan mental sekiranya mereka di desak dan dipaksa belajar bersungguh-sungguh, oleh ibu bapa serta guru-guru, untuk mendapat 5A bagi menempatkan murid-murid ini ke asrama penuh. Begitu juga dengan PMR. Apabila tekanan perasaan ini di terapkan diperingkat kanak-kanak, ia akan melarat ke alam remaja atau alam persekolahan peringkat menengah. 

Sekiranya masalah mereka ini berlarutan, maka tumbulnya pemberontakan anak-anak terhadap ibu bapa serta pihak sekolah. Seperti kita sedia maklum, sekiranya kita mengalami tekanan perasaan yg teramat sangat, kita perlu melepaskannya, dan terdapat pelbagai cara untuk melepaskan tekanan perasaan ini, seperti bersukan, bermain muzik, serta bersosial. Dan terdapat segelintir yang tidak tahu untuk melepaskan tekanan mereka ini terpaksa mencari jalan lain, seperti ponteng sekolah, bergaduh, merokok, menjahanamkan harta sekolah atau harta awam, mengambil dadah, seks bebas, dan lain-lain perkara yang bersangkut paut dengan masalah sosial.

Dasar pendidikan negara kita ini perlukan perubahan untuk mengawal dan membentuk sikap murid-murid sekolah yang semakin membimbangkan sekarang ini. Masalah sosial dikalangan murid-murid sekolah serta remaja sekarang ini adalah merupakan suatu pemberontakkan yang membimbangkan dan ia berkemungkinan menggugat masa depan negara.

Murid-murid diperingkat sekolah ini perlukan pendidikan yang lebih mesra untuk peringkat golongan sekolah rendah dan menengah. Mereka perlu di bimbing untuk menjadi manusia yang berilmu, bukannya dalam bentuk paksaan. Sekiranya gred diberikan, akan berlakunya diskriminasi, dan berlakunya ketidakpuasan hati murid tersebut dan hilang berminat untuk belajar.

Mereka ini masih mentah lagi dan mereka tidak tahu apa yang berlaku di dunia sekarang ini yang mengalami perubahan yang begitu pantas sekali sehinggakan kita sendiri tidak tergapai untuk mengejar. Golongan kecil ini perlu kita bimbing dengan dasar pendidikan yang baru untuk membentuk generasi yang berilmu tidak kira peringkat sosio ekonomi.

Zaman sekarang ini tidak perlukan lagi peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR. Ia akan menambahkan lagi masalah kepada generasi yang akan datang. Kita perlukan perubahan dan cara kita mendidik anak-anak kita pada masa akan datang juga akan berubah. 

Ada yang mengatakan bahawa UPSR dan PMR adalah kayu ukur kepada dasar pendidikan negara dan sekiranya dimansuhkan, kita tidak tahu prestasi murid-murid sekolah. Betul. akan tetapi, sekiranya dasar pendidikan diubah secara total, kita perlukan suatu kayu ukur yang baru untuk menilai prestasi mereka. 

Peperiksaan awam UPSR dan PMR hanya menyusahkan murid-murid serta guru-guru sekolah. Sebab, sekiranya guru-guru disekolah tidak bagus, maka pihak ibu bapa akan mencari pusat tuisyen yang menawarkan persediaan peperiksaan seperti UPSR dan PMR dan juga menawarkan suatu harga yang mungkin murah dan mungkin mahal. Ini hanya membebankan pihak ibu bapa dari segi kewangan dan bertambah beban kepada murid-murid memiliki kerja rumah 2 kali atau tiga kali ganda. Jika hal kerja rumah bertambah, maka penglibatan murid-murid terhadap kegiatan kokurikulum akan berkurangan, dek kerana untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh pihak sekolah dan pihak tuisyen. Dan saranan Kerajaan bagi murid-murid melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum munking tidak tercapai.

Dalam masa yang sama, kita punyai masalah bagi warga pendidik di sekolah. Kerja warga pendidik adalah untuk mendidik. Sekiranya mereka juga dibebankan kerja pengkeranian, mendidik, serta menguruskan kegiatan kokurikulum, maka, kualiti warga pendidik ini mungkin merosot sedikit demi sedikit. Sebagai mana mereka terima gaji mereka yang tidak setimpal dengan apa yang mereka sumbangkan. Yang menjadi mangsa adalah murid-murid sekolah.

Sudah tiba masanya Dasar Pendidikan Negara bagi peringkat sekolah perlu diubah. Ia lebih baik digantikan denga sistem pointer yang diguna pakai diperingkat kolej dan Universiti di negara ini. Ia lebih baik dan mudah bagi mengukur prestasi murid-murid secara individu berbanding dengan peperiksaan awam UPSR dan PMR. Dengan cara ini, murid-murid dapat belajar mengurus masa serta dapat menumpukan subjek yang mereka minat, disamping itu, kita dapat mengenal pasti bakat-bakat yang mereka ada dalam satu-satu subjek, dan berkemungkinan mereka punyai potensi yang besar untuk menjadi generasi yang berjaya dalam semua bidang seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020, tidak seperti sekarang berlakunya longgokkan lepasan dalam satu bidang sahaja..