Salam,
Dalam kehidupan kita seharian, kita punyai keperluan dan kehendak diri masing-masing. Seperti keperluan asas, keselamatan, menyayangi, penganugerahan, dan nikmat hidup. Namun, setiap individu punyai keperluan mereka tersendiri, iaitu SEKS.
Merujuk kepada Maslow's Hierarchy of Needs, bagi rakyat Malaysia, dahulu nyer aktivit seks ini hanya bagi mereka yang telah mendirikan rumah tangga, iaitu di peringkat yg ketiga. Disebabkan perubahan gaya hidup, aktivit seks merupakan satu keperluan asas bagi rakyat Malaysia pada hari ini. Tidak kiralah mereka sudah berkahwin atau belum, seks merupakan keperluan asas pada hari ini di Malaysia.

Oleh yang demikian, berlakunya aktiviti kurang sihat dikalangan remaja sekarang ini, seperti aktivit seks bebas, seks luar nikah, dan jenayah cabul dan rogol. Dan ianya semakin berleluasa dan semakin membimbangkan, lebih-lebih lagi pihak ibu bapa.
Kita boleh dapati bahawa khidmat seks telah tumbuh bagaikan cendawan dan berleluasa kegiatan mereka ini hingga boleh dilanggan dari pelbagai peringkat umur, termasuk remaja. Ditempat-tempat ini lah ramai dikalangan remaja mempelajari seks dengan lebih mendalam dan ada juga yang menceburi bidang ini untuk dijadikan sebagai periuk nasi mereka.
Seperti yang saya katakan tadi, cara hidup kita sudah berubah. Perubahan yang diluar jangkaan kita. Perkara seperti ini, iaitu keperluan seks, perlu diperbetulkan. Dan kita juga perlu sedar akan keperluan ini hanya untuk mereka yang sudah mendirikan rumah tangga, bukanya aktiviti dan keperluan orang bujang.
Jika kita ikut Maslow's Hierarchy of Needs secara membabi buta, ia telah melanggar budaya hidup kita sebagai rakyat Malaysia, khususnya orang Islam. Kita perlu perbetulkan keperluan kita dan juga kemahuan kita. Kita, rakyat Malaysia, punyai acuan yang tersendiri dan gaya hidup yang tersendiri. Kita seharusnya tidak terikut dengan gaya hidup budaya negara lain, kerana budaya kita di Malaysia ini telah cukup untuk mendidik kita untuk menjalani kehidupan sebagai seorang insan yang berakal fikiran yang sihat dan waras.
Saya percaya ada anasir luar yang cuba untuk mengubah cara hidup kita dengan peredaran zaman. Namun, sains dan teknologi sentiasa berkembang dengan pesat, tetapi kebudayaan kita tetap hak milik kita dan ianya perlu dipertahankan. Ingat lah! Bahawa cara hidup kita tidak sama dengan cara hidup orang bukan rakyat Malaysia