Wednesday, January 27, 2010

Rumah Ibadat


Salam

Rumah Ibadat adalah merupakan tempat untuk individu atau berkumpulan untuk mengadakan penyembahan kepada Tuhan serta aktiviti-aktiviti keagamaan semata-mata untuk mendapat rahmat dari NYA.

Apa yang berlaku sekarang ini ialah adalah kejadian yang tersangat buruk dan juga tidak bertamadun serta mencemar imej agama itu sendiri (Saya tidak merujuk kepada satu agama sahaja). Ternyata apa yang berlaku sekarang ini hanya provokasi dari pihak yang tidak bertanggung jawab yang  tidak senang melihat keadaan Malaysia yang aman lagi tenteram serta mempraktikkan keagamaan masing-masing tanpa diselubungi rasa ketakutan. Mereka yang mencemarkan rumah ibadat (tidak kira masjid atau gereja atau kuil) merupakan individu yang tidak berpendirian, tidak bertamadun, tidak menghormati orang serta tidak beragama dan tidak bertuhan!!!

Orang yang tidak beragama ini tidak layak untuk berada di muka bumi Malaysia. Kerana Malaysia berlandaskan kepada 5 Rukun Negara. Yang pertama ialah Percaya kepada Tuhan. Jadi, mereka yang percaya kepada Tuhan, kena sembah. Tidak kira agama apa sekali pun, mereka berhak menyembah Tuhan mereka, termasuk orang Muslim yang menyembah Allah s.w.t, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Tuhan Yang Menjadikan kita dari segumpal darah. Kepercayaan kepada Tuhan adalah asas pembentukan rohani rakyat Malaysia untuk hidup dalam keadaan tenteram.

Rumah ibadat merupakan tempat suci bagi tiap-tiap agama yang berada dimuka bumi ini. Sekiranya anda mencemarkan rumah ibadat agama lain, saya percaya, akan terkena balik kepada mereka yang mencemarkan rumah ibadat. Muhammad Rasulullah juga berpesan kepada kita supaya jangan mencemarkan rumah ibadat dan jangan mencaci agama-agama yang turun dari langit.

Ingat, kita hidup untuk kenal mengenali antara satu sama lain (Tuhan telah berfirman tentang perkara ini). Bukan untuk berperang antara satu sama lain. Kita hidup untuk menikmati nikmat pemberian Tuhan yang dikurniakan kepada kita untuk dinikmati bersama.

No comments:

Post a Comment