Kehidupan di Malaysia tidak sama dengan kehidupan di negara-negara lain, seperti Jepun, New York, United Kingdom, Singapore, Arab Saudi, Afrika Selatan, dan lain-lain. Bak kata orang Melayu "Lain Padang, Lain Belalang". Kehidupan yang berbeza disini ialah dari segi budaya, tatasusila, cara hidup, fahaman, dan beberapa perkara yang lain.
Saya berpeluang berkenalan dengan orang Eropah, dimana kami sekumpulan keluar makan tengah hari di kedai makan restaurant melayu. Dan beliau minta kari sotong. Kalau kita orang Malaysia, kedai yang tidak menyediakan menu yang kita hendak, kita tidak mintak. Jadi kami pun menunggu agak lama untuk menikmati hidangan yang diminta oleh rakan kami itu. Dan bila selesai, kawan ni memberi beberapa komen mengenai Malaysia, iaitu makanan. Beliau memuji keenakkan masakan Malaysia, tetapi dia tidak boleh tengok yang kita (orang Malaysia) membazir makanan. Contohnya, di pinggan makan ada sedikit sayur atau nasi atau daging yang tidak habis dimakan. Bagi beliau, ia seolah-olah tidak mensyukuri makanan yang mereka makan. Saya agak tersentap dengan apa yang beliau katakan itu dan memang benar, orang Malaysia ni pembazir.
Sifat membazir orang Malaysia ni seolah-olah tidak dipedulikan oleh orang Malaysia sendiri. Bukan sahaja pembaziran makanan, begitu juga dengan kewangan. Orang Malaysia ini berbelanja ikut perut, bukannya ikut akal. Maklum sahaja lah, ekonomi tengah stabil, macam-macam lah yang hendak dibeli, samada pakaian, perhiasan, barang dapur, dan lain-lain lagi.
Lihatlah betapa amannya Malaysia ini. Kita boleh berbelanja ikut suka dengan secara aman tanpa ada sekatan dari sesiapa pun. Tapi, bila sudah terdesak, baru ingat Tuhan.
Ingatlah DIA selalu, tidak kira waktu senang atau pun susah, kerana DIA adalah Tuhan yang layak di sembah. Tiada yang lain selain DIA. DIA lah bagi kita senang dan DIA juga lah yang bagi kita susah. Kita juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi perkara yang mungkin kita tidak jangka akan tiba. Seperti mana pihak Barat yang tersangat cemburu akan kita, Negara Malaysia. Mereka boleh melakukan apa sajaha untuk lihat kita jatuh. Ingatlah kembali sejarah kita. Untuk pedoman kita bersama. Demi memertabatkan negara di mata dunia serta mendapat keredhaan Illahi.
Sama-sama lah kita menjaga tanah ini. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk diri kita juga.