Salam,
Seperti sedia maklum, isu Pendidikan Seks disekolah begitu hangat sekali di bincangkan, tidak kira peringkat umur, kedudukan, pangkat, latar belakang, dan seluruh rakyat Malaysia. Bagi saya, memang patut mewujudkan pendidikan seks di peringkat sekolah menengah.
Ini kerana, pada peringkat ini, pelajar-pelajar sekolah menengah sudah pun ke tahap akil baligh dan bagus untuk membentuk pemikiran yang lebih baik. Di peringkat ini juga mereka menempuh alam remaja dan cabarannya pun tidak kurang hebatnya. Mereka terdorong ingin tahu mengenai semua perkara, termasuk seks. Sekiranya tiada didikan yang betul atau sempurna atau didikan yang selamat, mereka boleh terjerumus dengan begitu mudah dan ianya hanya boleh berlaku dalam sekeklip mata.
Sebelum itu, kita lihat apa maknanya "Seks". Menurut Kamus Dewan Bahasa (1994), "seks" bermaksud sifat-sifat yang membezakan lelaki dan perempuan (jantina) atau keinginan syahwat. Secara umumnya, perkataan seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan di mana wujudnya hubungan di antara berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Apabila seks dikaitkan dengan pendidikan, ia akan memberi maksud yang berlainan. Pendidikan seks secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang bersifat maklumat (cognitive), pemahaman dalaman (internal cosnsiousness/spiritual/ morality) dan juga jasmani (physical) kepada golongan sasaran tertentu seperti pelajar sekolah dan juga orang awam tentang amalan kehidupan yang berkaitan dengan hubungan di antara dua jantina tersebut. Ia boleh dilaksanakan samada secara formal atau pun tidak formal. (Oleh Dr. Muhamad Zahiri Awang Mat Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Rahimi Md. Saad Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan Universiti Malaya;Konsep dan Objektif Pendidikan Seks Menurut Perspektif al Quran)
Bagi masyarakat pula, ia merupakan satu topik yang sensitif dan ianya berkonsepkan keperibadian individu. Tapi, bagi saya, jika maysarakatnya berilmu, tidak berlakunya kejadian atau saya katakan "Fenomena Pembuangan Bayi". Apa yang saya lihat di muka akhbar mengenai laporan pembungan bayi dan juga pasangan berkhalwat serta laporan-laporan yang berkaitan dengannya, ini menunjukkan bahawa kita atau masayarakat Malaysia sendiri tidak mahir dalam ilmu dan pendidikan seks.
Kita berada di zaman modern, dimana perubahan berlaku begitu pantas (dari segi pemikiran, sosial, ekonomi, pendidikan, dan lain-lain). Walaupun kita masih lagi mengamalkan adat-adat ketimuran, kita rakyat Malaysia cuba untuk tidak melangkaui batas. Tapi, adakah pembuangan bayi serta mengadakan seks bebas merupakan budaya kita?
Kita perlu dididik dengan betul untuk menjadi insan yang berakal dan waras. Sekiranya diberi dididikan yang baik dan sempurna, saya percaya, budaya negatif itu dapat di atasi dengan cermat. Sekiranya tidak dididik, akan dikhuatiri mereka akan mendalami ilmu seks dengan cara yang salah serta tidak beretika.
Kita punyai ramai cendakiawan yang cerdik pandai serta warga pendidik yang ramai serta berpengalaman dan berilmu, takkan pedidikan seks ini tidak dapat dilaksanakan? Apa guna akal fikiran yang Tuhan kurniakan kepada anda kalau tidak dapat membentuk masyarakat Malaysia minda kelas pertama atau lebih bertamadun?
Fikirkan untuk masa depan anak cucu kita, jangan hanya mementingkan diri sendiri. Sekiranya ia berlaku kepada anda sendiri, siapa yang patut di persalahkan? Tunduk sujud tanya Tuhan.
No comments:
Post a Comment